Seleweng dana zakat RM230 juta: Dua suspek direman empat hari - Utusan Malaysia

Seleweng dana zakat RM230 juta: Dua suspek direman empat hari

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana zakat kira-kira RM230 juta.

Tempoh reman ke atas dua lelaki berusia lingkungan 57 hingga 61 itu dibenarkan Majistret Ameera Mastura Khamis.

Suspek yang merupakan timbalan pengerusi dan ahli jawatankuasa NGO ditahan dalam operasi khas di sekitar Lembah Klang antara pukul 2 hingga 5 petang semalam.

Mereka diwakili peguam Mohd. Radzlan Jalaludin, Ashwida Abd. Samad dan Muhammad Ridhwan Jalaludin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN