Dua laluan alternatif ke Elmina

Dua laluan alternatif ke Elmina

OPERASI pencarian dan siasatan di kawasan kejadian kapal terbang terhempas, di Elmina, di sini hari ini. -UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persimpangan Elmina (EXIT3504), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) ditutup sementara bagi membenarkan kerja-kerja siasatan dan pembersihan dijalankan berhubung dengan nahas jet eksklusif yang terhempas di Elmina semalam.

Menerusi hebahan di sosial media, Prolintas memaklumkan pengguna jalan raya dari arah selatan boleh menggunakan Persimpangan Bukit Subang (EXIT3505) sebagai alternatif untuk ke Elmina jika dari Lebuhraya GCE.

Sementara itu, bagi pengguna dari arah utara boleh melalui tol Elmina kemudian menyusur keluar ke Paya Jaras.

Menurut jurucakap Prolintas, pihak mereka akan memberi makluman segera kepada masyarakat sekiranya laluan tersebut akan dibuka semula.

Sebarang pertanyaan lanjut, pengguna boleh menghubungi talian hotline Prolintas iaitu 1800228888 dan boleh menyemak media sosial rasmi Prolintas bagi rujukan lauan peta alternatif  berkenaan dan maklumat terkini.

Semalam, negara digemparkan dengan insiden pesawat Beechcraft  yang difahamkan membawa orang kenamaan, terhempas di kawasan Elmina, Shah Alam.

Insiden nahas tersebut menyebabkan 10 maut yang melibatkan juruterbang, kru, penumpang pesawat dan penunggang motosikal serta pemandu kereta yang  yang melalui kawasan tersebut dalam masa yang sama kejadian. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN