Diploma demi motivasi anak - Utusan Malaysia

Diploma demi motivasi anak

IZWAN Helmi Mohd. Mokhtar (dua dari kanan) menerima Anugerah Ikon Usahawan pada Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar (PUO) Ke-51 di Ipoh, Perak. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Usia bukan penghalang untuk seorang lelaki yang sudah berkeluarga melanjutkan pelajaran apabila mene­rima diploma pada Istiadat Konvoke­syen Politeknik Ungku Omar (PUO) Ke-51 di sini kelmarin.

Izwan Helmi Mohd. Mokhtar, 41, yang berkhidmat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia berkata, antara faktor beliau menyambung Diploma Pe­ngajian Perniagaan ialah untuk memberi semangat kepada anak-anaknya.

“Saya melanjutkan pelajaran melalui program biasiswa kumpulan pelaksana di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Saya ambil peluang sambung belajar kerana beberapa faktor antaranya untuk memberi motivasi kepada anak-anak bahawa umur bukan penghalang untuk menyambung pengajian,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Lebih membanggakan Izwan Helmi menerima Anugerah Ikon Usahawan pada istiadat konvokesyen tersebut di atas kejayaan dalam perniagaan biskut dan kek jenama Dellamar Brownies & Coffee yang diusahakan bersama iste­ri.

Menurutnya, perniagaan itu bermula pada 2017 dan melihatkan perniagaan semakin berkembang, dia me­nyambung pengajian untuk mendalami ilmu perniagaan yang betul.

“Permulaan kejayaan dalam perniagaan saya ialah apabila jenama Dellamar Brownies & Coffee dipilih menyertai pertandingan program francais siswa anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Persatuan Francais Malaysia (MFA).

“Dalam pertandingan itu, pasukan saya bersama dengan tiga lagi yang lain menduduki tempat kedua dan membawa pulang geran pembangunan berjumlah RM100,000. Ia menambah semangat saya untuk mengembangkan perniagaan ini.

“Namun untuk perniagaan francais ia perlu beroperasi secara komersial sekurang-kurangnya tiga tahun dan ini adalah tahun kedua kami beroperasi,” katanya.

Katanya, perniagaannya mula dikomersialkan apabila mendapat bantuan daripada Pusat Keusahawanan di PUO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya