DAP tidak pernah minta Pas ‘buang’ Islam

DAP tidak pernah minta Pas ‘buang’ Islam

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP menafikan parti itu pernah meminta Pas ‘membuang’ Islam sepanjang kerjasama antara kedua-dua parti itu sama ada menerusi Barisan Alternatif (1999-2002) mahupun Pakatan Rakyat (2008-2015). 

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar tersebut. 

“DAP konsisten dalam pendirian kami sepanjang kerjasama politik dengan Pas bahawa kami fokus dalam isu-isu yang dipersetujui bersama tetapi mengambil pendekatan ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ (agree to disagree) dalam isu yang tidak dapat mencapai konsensus. 

“Isu pokok yang tidak dapat dipersetujui oleh DAP ialah pelaksanaan hukum hudud. Memang DAP konsisten dalam perkara ini kerana ia tidak berlandaskan kepada sistem undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata demikian merujuk kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu ceramah di Johor semalam yang didakwa sekali lagi memfitnah kononnya pimpinan DAP meminta Pas untuk ‘membuang’ Islam dalam perjuangannya untuk meneruskan kerjasama antara Pas dan DAP. 

Mengulas lanjut, Anthony menegaskan, pendirian tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud tidak bermakna melawan Islam. 

Beliau turut mengingatkan Pas bahawa selain DAP, orang yang paling lantang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud ialah Tun Dr. Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri keempat. 

“Tun Dr. Mahathir tidak pernah setuju dengan pelaksanaan hudud. Begitu juga parti-parti yang disebut oleh Tan Sri Hadi seperti MCA, MIC dan Gerakan. 

“Mengapa hanya DAP yang sentiasa dilabelkan oleh Pas sebagai ‘musuh’ Islam? Bukankah ini semata-mata satu pembohongan Pas untuk menjadikan DAP sebagai ‘punching bag’ dalam percaturan politik mereka?” soalnya. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN