DAP kekal ideologi semak, imbang - Utusan Malaysia

DAP kekal ideologi semak, imbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: DAP Sarawak akan meneruskan ideo­logi identiti sebagai parti pembangkang di Sarawak yang memberi fokus kepada sistem semak dan imbang.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Dr. Kelvin Yii Lee Wuen berkata, keputusan pembangkang iaitu Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) untuk bergabung dalam komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan memberi kesan kepada DAP, dan pihaknya menghormati keputusan tersebut.

“Keputusan mereka (PSB) untuk bergabung dengan PDP adalah satu keputusan bagi pihak mereka sendiri yang mana kita (DAP) menghormati.

“Pada masa yang sama biarlah pengundi sendiri menentukan langkah itu, sama ada baik ataupun tidak kerana pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak, me­reka (PSB) berkempen menggunakan platform lain sebagai identiti pembangkang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas keputusan PDP dan PSB yang menyatakan akan mewujudkan gabungan kedua parti itu pada Disember tahun ini.

Justeru beliau berkata, keputusan itu tidak akan memberi kesan kepada DAP kerana partinya akan meneruskan ideo­logi parti yang berpegang kepada sistem semak dan imbang.

“Pada masa sama kita mahu mewujudkan parti yang membina masa hadapan.

“Selain itu, saya berpendapat dalam satu sistem demokrasi yang su­bur perkara ini adalah baik untuk Sarawak. Sebab itu saya tegaskan, kita hormat dengan keputusan PSB untuk bergabung kerana ia tidak akan menjejaskan kita (DAP) sebagai parti pembangkang,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN