PETALING JAYA: Pelakon, Rozita Che Wan, 52, naik angin selepas sebuah portal picisan sengaja memancing pengguna untuk menekan klik terhadap dakwaan konon rumah tangganya kini kian goyah.
Menerusi perkongsian dalam Instagram, isteri kepada pelakon, Zain Saidin mempersoalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan akaun bernama Wafariena Fans Club.
“Babi mana yang buat cerita nok horeee (loghat Kedah) sangat ini? Kurang ajar!
“Wafariena Fans Club?” soalnya dalam media sosial rasminya, hari ini.
Pada masa sama, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar turut meminta pengguna lain membuat laporan terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Berikut merupakan kenyataan yang dimuat naik page tersebut:
“Dia naik tangan..dia tak pernah berubah. Genap 10 tahun berkahwin. Che Ta beri bayangan rumah tangga..,” tulis page tersebut.