Berlapang dada terima tawaran ‘emas’ BN-PH

Berlapang dada terima tawaran ‘emas’ BN-PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUDAH tiba masanya rakyat Kelantan berlapang dada menerima tawaran ‘emas’ yang dikemukakan oleh Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) dengan memberi mandat kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mentadbir negeri ini.

Tiada lagi alasan untuk rakyat di bumi serambi Mekah menolaknya kerana 34 tawaran yang dikemukakan itu mencakupi pelbagai aspek baik urusan dunia mahupun akhirat.

Empat terus utama yang di­ga­riskan iaitu syiar Islam, ekonomi, pendidikan, wanita dan orang muda serta Perbadanan Kemajuan Kelantan Utara yang bertemakan ‘Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran’ yang ditawarkan itu dilihat bukan sekadar omong kosong.

Hal ini kerana kebersamaan pucuk teraju di peringkat Persekutuan dan negeri pastinya akan memudahkan lagi pelaksanaan tawaran yang dijanjikan itu.

Melengkapkan lagi ‘pakej’ tawaran itu, Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaacob semasa berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Tanah Merah kelmarin mendedahkan manifesto gabungan itu mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Restu daripada pemimpin nombor satu negara itu jelas membuktikan tawaran tersebut bukanlah cakap-cakap politik, sebaliknya mencerminkan ke­sungguhan BN-PH untuk mengubah Kelantan jika diberi mandat pada PRN 12 Ogos ini.

Selain itu, kedatangan Anwar yang kerap kali turun ke negeri ini memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Perpaduan untuk membela nasib rakyat di negeri ini.

Menghapuskan tunggakan bil Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dan menurunkan kadar cukai tanah antara salah satu daripada 34 tawaran yang dikemukakan BN-PH dalam membantu rakyat negeri ini.

Selain itu, gabungan BN-PH akan turut memperkasakan semula industri pelancongan Kelantan yang berasaskan seni budaya, makanan, kraf (batik, pertukangan emas dan perak) dan destinasi pelancongan.

Untuk orang muda BN-PH menawarkan bantuan one off sehingga RM3,000 kepada pelajar anak Kelantan yang me­nerima tawaran ke institusi pengajian tinggi awam atau swasta serta tiket pergi balik bas dan keretapi percuma untuk mahasiswa anak Kelantan sebanyak dua kali setahun sehingga tamat pengajian.

Turut ditawarkan adalah bantuan RM1,000 kepada ibu bersalin anak pertama, biasiswa tahunan RM300 untuk pelajar tingkatan 6 dan mewujudkan pusat rekreasi, sukan dan e-sport termasuk padang bola sepak dengan fasiliti lengkap di setiap jajahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×