Banduan, ahli keluarga berhenti mogok lapar kerana SOSMA

Banduan, ahli keluarga berhenti mogok lapar kerana SOSMA

RAMKARPAL SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan ahli keluarga mereka yang mengadakan mogok lapar sudah menamatkan tindakan tersebut, semalam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, beliau sudah mengadakan perjumpaan dengan tahanan-tahanan Sosma dan ahli keluarga mereka.

“Saya telah turun berjumpa dengan tahanan-tahanan di bawah SOSMA serta ahli-ahli keluarga mereka yang melakukan tindakan mogok lapar di Penjara Sungai Buloh serta di luar pekarangan penjara tersebut semalam.

“Hasil penerangan saya kepada banduan serta ahli keluarga mereka, tindakan mogok lapar tersebut oleh para tahanan dan juga ahli-ahli keluarga mereka telah ditamatkan sekitar jam 2:00 petang semalam.

“Saya amat bimbang akan keadaan kesihatan mereka dan bersyukur apabila melihat mereka makan serta minum,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, media melaporkan, keluarga kepada 69 tahanan SOSMA melancarkan mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh bermula semalam.

Seramai 34 banduan SOSMA di Sungai Buloh memulakan mogok lapar pada 30 Julai dan diikuti ahli keluarga tahanan sehari selepas itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN