Ahmad Yunus mengundi di SRA Sijangkang - Utusan Malaysia

Ahmad Yunus mengundi di SRA Sijangkang

Ahmad Yunus
DR. AHMAD Yunus Hairi memasukkan kertas undi ke dalam peti undi sebaik tiba di pusat pengundian SRA Sijangkang di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Calon Perikatan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.51 daripada PN), Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi tiba di pusat mengundi di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sijangkang tepat pada pukul 8.39 pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat dan Pesuruhjaya Pas Selangor itu ditentang calon daripada Barisan Nasional (BN), Mohd. Al Hafizi Abu Bakar mengambil peluang bersalaman dan bermesra dengan pengundi di pintu masuk sekolah tersebut.

Sementara itu Mohd.Al Hafizi mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peng Ming Teluk Panglima Garang pada pukul 9 pagi ini.

Seramai 4,716 orang dijangka keluar mengundi di SRA Sijangkang pada hari ini sementara di SJKC Peng Ming pula dijangka menerima kunjungan seramai 3,361 pengundi selepas kedua-dua pusat pengundian tersebut dibuka dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya