MARANG: Bekas Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman gagal mempertahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.
Ahmad Razif ewas kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Khazan Che Mat yang melakukan kejutan apabila memenangi kubu kuat BN dengan majoriti 2,797 undi.
Khazan memperoleh 12,156 undi manakala Ahmad Razif Abdul Rahman dengan majoriti 2,797 undi.
Pada PRU14 lalu, Ahmad Razif yang memperoleh 9,340 undi memenangi kerusi DUN Seberang Takir dengan menewaskan calon Pas, Mohd. Fazil Wahab (7,456 undi) dan calon Pakatan Harapan (PH), Abu Bakar Abdullah (939 undi) dengan majoriti 1,884 undi.-UTUSAN