Ahmad Dusuki kalah saman

Ahmad Dusuki kalah saman

MOHD. Zulhazmi Hassan (tiga dari kiri) bersama peguamnya, Muhammad Faiz Fadzil (tiga kanan) selepas menang saman ke atas Ahmad Dusuki Abdul Rani di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini memerintahkan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abd. Rani membayar RM10,000 kepada Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Mohd. Zulhazmi Hassan atau Jeming selepas rayuannya ditolak berkait isu aset Tabung Haji (TH) yang didakwa dijual kepada bukan Islam.

Hakim Datuk Roslan Abu Bakar membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa video Jeming  bukan satu fitnah kerana terbukti aset TH tidak dijual kepada orang bukan Islam.

Roslan turut mendapati bahawa kenyataan Dusuki itu boleh memberikan kesan negatif kepada umat Islam dan bukan Islam di Malaysia. 

Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada 30 Ogos 2022 lalu dengan menolak tuntutan Ahmad Dusuki dan kos sebanyak RM10,000. dikekalkan.

Ahmad Dasuki diwakili peguam Mohd Jamil Yaacob sementara Jeming oleh Muhammad Faiz Fadzil. 

Saman fitnah dikemukakan Ahmad Dusuki berhubung satu video yang dimuat naik Hazmi bagi menuntut permohonan maaf kerana pendakwah bebas itu didakwa memfitnah aset TH dijual kepada orang bukan Islam ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah sebelum ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya