8 wanita warga asing ditahan terlibat aktiviti pelacuran - Utusan Malaysia

8 wanita warga asing ditahan terlibat aktiviti pelacuran

ANTARA wanita warga asing yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam aktiviti persundalan dalam serbuan di beberapa buah hotel bajet di sekitar George Town, Pulau Pinang, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seramai lapan wanita warga asing termasuk seorang penjawat awam dari negara jiran ditahan polis Jumaat lalu di sekitar daerah Timur Laut kerana disyaki menjalankan aktiviti pelacuran.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam operasi bermula pukul 6 petang hingga 10 malam itu, kesemua suspek ditahan menerusi tujuh serbuan yang dijalankan di premis hotel bajet, rumah tumpangan dan apartment di sekitar daerah itu yang disyaki menjalankan aktiviti pelacuran.

”Kesemua suspek berusia 25 hingga 47 tahun dan beberapa peralatan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti tersebut turut dirampas termasuk wang tunai berjumlah RM2,200.

”Hasil siasatan awal mendapati kesemua mereka yang ditahan masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial.

”Mereka mencari pelanggan menggunakan aplikasi WeChat dan mengenakan bayaran sebanyak RM150 hingga RM250,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, lanjutan daripada operasi berkenaan, semalam terkesan dalam laporan media yang menyatakan salah seorang tangkapan merupakan isteri kepada seorang penjawat awam di negara jiran.

”Hasil siasatan mendapati salah seorang tangkapan mengaku dia ialah seorang penjawat awam di negara jiran.

”Dia mendakwa datang ke negara ini untuk menjalankan aktiviti persundalan bagi memperoleh pendapatan tambahan,” katanya.

Tambah Soffian, polis sedang dalam proses mendapatkan pengesahan berkaitan maklumat tersebut daripada pihak kedutaan negara terbabit.

”Kesemua tangkapan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan ditempatkan di lokap berpusat Bayan Baru untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan atas kesalahan melacur.

”Kes turut disiasat di bawah Seksyen
15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan pas lasatan telah tamat tempoh dan Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1959 atas kesalahan salah guna pas lawatan sosial,” kataya.

Dalam pada itu, beliau menasihati mana-mana pihak tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak benar tentang operasi yang dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya