Semoga halangan ini ada hikmah di sebaliknya - Mimi Lana - Utusan Malaysia

Semoga halangan ini ada hikmah di sebaliknya – Mimi Lana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Semoga halangan ini ada hikmah di sebaliknya dan muncul pada waktu sesuai perancangan Tuhan.”

Demikian luahan pelakon, Mimi Lana dipercayai berhubung rapat dengan berita duka pembatalan majlis pernikahannya bersama pelakon, Syafiq Kyle yang sepatutnya berlangsung 18 Ogos Depan.

Kongsi pemilik nama, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, keputusan diambil adalah pertimbangan paling baik dan setiap yang berlaku adalah ujian untuk menjadikan mereka berdua sebagai muslim yang lebih baik.

“Semoga Allah merahmati saya dan dia (Syafiq) serta memberikan kekuatan kepada kami.

“Mungkin apa kami percaya perkara paling buruk itulah sebenarnya yang terbaik untuk kami di dunia dan akhirat.

“Semoga Allah memberi kami kekuatan dan kesabaran untuk terus melangkah,” kongsinya menerusi satu hantaran di Instagramnya.

Mimi dan Syafiq mengejutkan ramai apabila membatalkan majlis pernikahan dan resepsi yang dijadualkan berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada 18 Ogos ini.

Difahamkan, kedua-dua majlis bakal diadakan pada hari sama iaitu ijab kabul pada waktu pagi, manakala sebelah malam adalah majlis persandingan.

Mesej pembatalan pernikahan Mimi dan Syafiq yang hanya berbaki seminggu itu disampaikan pengurus aktres itu, Iman Tang.

Biarpun terpaksa berhadapan ujian getir itu, Mimi dalam pada masa sama tetap positif dan bersyukur dikelilingi keluarga, sahabat dan mereka berhati mulia.

“Semoga Allah sentiasa membuatkan kami berada dalam keadaan positif dan dikelilingi insan yang mempunyai niat baik dalam hati.

“Setiap titisan air mata yang mengalir menjadi penghapus dosa, semoga doa yang dipanjatkan dimakbulkan.

“Semoga awak dan saya sentiasa tersenyum,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati tiada perkongsian daripada Syafiq yang terakhir memuat naik hantaran pada 1 Ogos lalu.

Dalam pada masa sama, difahamkan Mimi dan Syafiq dikatakan sudah mengambil cuti panjang daripada pihak produksi serta tidak dapat dihubungi sejak semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN