70 terima darjah, pingat kebesaran Pahang

104 terima darjah, pingat kebesaran Pahang

DARI kiri: AYOB KHAN MYDIN PITCHAY, MOHD. NIZOM SAIRI, ABDUL WAHAB MAT YASIN dan MOHD. SUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Seramai 104 penerima menerima darjah dan pingat kebesaran Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-64 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Istiadat penganugerahan disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada istiadat berkenaan, seramai 24 penerima peringkat pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri.

Antara penerima terbabit ialah Pengerusi FOMEMA Sdn. Bhd., Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Al-Marhum Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah; Jurulatih Excutive Coach, Facilitator, Management Trainer, Datuk Indera Rizdwan Abdullah @ Chander Naidu; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trinidad Holdings, Datuk Indera Omar Mohan Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Indera Zulkifli Yaacob.

Selain itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay antara yang turut menerima pingat sama diikuti Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Datuk Dr. Mohd. Nizom Sairi, dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Tiga pengarah di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman iaitu Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd. Khalid Ismail; Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Aidi Ismail dan Pengarah Pengurusan, Datuk Azmi Abu Kassim turut menerima pingat yang sama.

Pingat yang membawa gelaran Datuk Seri itu juga turut dianugerahkan kepada Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain.

Selain itu, turut menerima pingat yang sama ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali; Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad, Datuk Iskandar Mizal Mahmood; Pengarah Primadona Solutions Sdn. Bhd.,Puan Seri Wong Yoke Lian; Pengarah Enggang Holdings Sdn. Bhd., Datuk Muthanna Abdullah; Pengerusi The Habitat Foundation, Datuk Harry Allyn Cockrell; Puan Sri Wong Hon Yee: Pengarah Paradigm Land Development, Datuk Mohan C Sinnathamby; Pengerusi Syarikat Geopancar Sdn. Bhd., Datuk Yap Teck Fui; Pengerusi Syarikat Eu Yan Sang Malaysia, Datuk Leong Kwei Chun Nee Anne Eu; Pengarah Urusan Destiny Group of Companies, Lau Hieng Ung; Pengarah Urusan Tunas Rupat Follow Me Express Sdn. Bhd., Huang Chong Huat dan Pengerusi Southern Edible Oil Industries (M) Sdn. Bhd., Low Boon Lai.

Dalam pada itu, seramai dua penerima menerima pingat peringkat pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) Kehormat yang membawa gelaran Dato’ Indera iaitu Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ke Malaysia, Vanu Gopala Menon dan Duta Besar Republik Indonesia Ke Malaysia, H.E. Hermono.

Manakala Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd. Ariffin; Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Malaysia, Ab. Rahim Ab. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Jurukur Tanah Malaysia, Datuk Sr. Ismail Harun merupakan penerima peringkat pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang juga membawa gelaran Dato’ Indera.

Sementara itu, seramai enam penerima dianugerahkan pingat peringkat kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato’. Mereka adalah Pengarah Seraya Era Sdn. Bhd., Tengku Puteri Marina Tengku Ibrahim; Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah; Ketua Pengarah Alam Sekitar, Abdul Latiff Wan Jaffar; Panglima 4 Divisyen, Jeneral Anuar Abdul Wahab; Mantan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Ir. Ahmad Rozian Othman dan Pengarah Syarikat Pelaburan Harta Komersial, Ajay Soni.

Dalam masa sama, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Yang Arif Bhupinda Singh a/l Gurcharan Singh Preet merupakan antara 24 penerima pingat peringkat kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa kepada gelaran Dato’.

Majlis terbabit juga turut menyaksikan seramai 30 penerima peringkat kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’, lima penerima pingat peringkat ketiga Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) dan enam penerima pingat peringkat ketiga Stia Mahkota Pahang (SMP), enam penerima pingat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), tujuh penerima pingat Ahli Mahkota Pahang (AMP), lima penerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), enam penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan empat penerima Pingat Jasa Kebaktian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya