50 peratus masalah paip uzur selesai jika Pusat luluskan geran RM250 juta - Utusan Malaysia

50 peratus masalah paip uzur selesai jika Pusat luluskan geran RM250 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Lebih 50 peratus masalah kadar air berhasil (NRW) termasuk masalah paip uzur di negeri ini boleh diselesaikan jika Kerajaan Pusat meluluskan permohonan geran RM250 juta untuk tujuan tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, kerajaan negeri telah memohon peruntukan tersebut dan mengharap­kan Kerajaan Pusat meluluskannya.
Katanya, sekiranya permohonan peruntukan itu diluluskan, isu berkaitan paip bocor dan NRW di negeri ini dapat diatasi.

“Isu kadar NRW ini juga dapat diselesaikan lebih 50 peratus sekiranya peruntukan itu dapat diluluskan segera bagi menggantikan paip-paip uzur.

“Kita dah membuat permohonan itu dan berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat meluluskan segera,” katanya.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, sepanjang kira-kira 1,000 kilometer paip air lama atau uzur dikenal pasti di sekitar negeri ini yang mendorong kepada peningkatan NRW di Perlis.

Pada masa ini, kadar NRW di Perlis masih merupakan antara tertinggi di Malaysia dengan merekodkan 62 peratus berbanding kadar sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Perlis (SAP), Dr. Mohmad Asari Daud dilaporkan berkata, sepanjang kira-kira 900 kilometer paip-paip uzur di sekitar negeri ini telah ditukar dan buat masa ini pelbagai usaha sedang dilakukan bagi menangani permasalahan ber­kenaan.

Pada April lalu Utusan Malaysia pernah melaporkan, Perlis berisiko kehilangan bekalan air bersih sehingga 80 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang jika isu kadar NRW tidak ditangani segera.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur negeri, Izizam Ibrahim berkata, permasalahan tersebut semakin meruncing memandangkan hampir ke­seluruhan paip di seluruh negeri ini telah uzur dan perlu diganti segera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN