450 peserta sertai Trail Titans - Utusan Malaysia

450 peserta sertai Trail Titans

TIGA pemenang menerima hadiah yang disampaikan Gloria Ng (kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 450 peserta menyertai acara larian denai Trail Titans di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Ahad lalu.

Pengarah Dirigo Events, Gloria Ng berkata, larian tersebut diadakan bagi menggalakkan aktiviti sihat dan mewujudkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.

“Selain itu ia diadakan bagi mendekatkan komuniti dengan aktiviti luar dan gaya hidup aktif pada masa kini.

“Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu kategori 10 dan 16 kilometer (km). Perlumbaan ini bermula di Taman Persekutuan Bukit Kiara dan setiap peserta perlu melalui laluan yang terdiri daripada pelbagai bentuk muka bumi,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Dalam acara itu, kedua-dua kategori jarak lelaki menyaksikan pelari veteran muncul juara dengan menewaskan peserta lebih muda.

Acara yang buat julung kalinya diadakan ini dijangka akan diteruskan lagi menerusi siri kedua yang akan diumumkan nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN