MELAKA: Seramai 386 pemohon dalam kalangan miskin tegar di negeri ini layak menerima bantuan tiga model rintis di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka, Datuk Kalsom Nordin berkata, tiga model rintis itu adalah Inisiatif Usahawan Tani (Intan), Inisiatif Usahawan Makanan (Insan) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (Ikhsan) yang bertujuan membasmi kemiskinan serta menambah pendapatan rakyat.
Kata beliau, pemohon yang layak menerima IPR di Alor Gajah adalah seramai 94 orang dengan 24 pemohon menerima bantuan Intan manakala 24 orang lagi menerusi Insan dan Ikhsan seramai 22 orang.
“Seramai 211 pemohon layak menerima bantuan IPR dengan 53 daripadanya layak menerima inisiatif Intan manakala Insan dan Ikhsan masing-masing seramai 104 dan 54 pemohon.
“Seramai 81 pemohon layak menerima IPR di Jasin yang mana kategori Intan merekodkan seramai 33 orang, Insan (30) dan Ikhsan (18),” katanya ketika sesi pertanyaan lisan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Zaidi Attan (BN-Serkam) mengenai jumlah permohonan IPR di Melaka. – UTUSAN










