280 notis kompaun kepada majikan tidak mencarum Perkeso

280 notis kompaun kepada majikan tidak mencarum Perkeso

RAFIDAH Abdul Rahim (duduk, kiri) bersama anggota Perkeso yang melakukan pemeriksaan semasa Op Kesan di sekitar pekan Kuah dan Pantai Chenang, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kedah telah mengeluarkan 280 notis kompaun berjumah RM213,000 kepada majikan di negeri yang tidak mencarum pekerja mereka atau berdaftar di bawah Perkeso.

Pengarahnya, Rafidah Abdul Rahim berkata, jumlah tersebut direkodkan oleh Perkeso melalui Op Kesan yang dijalankan sepanjang bulan Julai di seluruh negeri ini.

“Sebelum operasi bermula, Perkeso telah melakukan pemutihan dan mengedarkan risalah bagi memberi tempoh selama dua bulan bermula 1 Mei sehingga 30 Jun untuk majikan hadir secara sukarela bagi membuat pendaftaran di pejabat Perkeso di seluruh negara.

“Daripada 1,023 majikan yang diperiksa, 27 peratus daripadanya didapati tidak patuh dan 280 notis kompaun dikeluarkan,” katanya selepas melakukan pemeriksaan di sekitar Pantai Chenang, di sini, hari ini.

Seramai 32 orang anggota Perkeso bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Langkawi melakukan pemeriksaan secara pintu ke pintu di sekitar Kuah dan Pantai Chenang dalam operasi tersebut.

Menurut Rafidah, di bawah Seksyen 4, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), terdapat 119 notis dikeluarkan apabila ada syarikat atau perusahaan yang tidak berdaftar dengan Perkeso.

Ujarnya, 60 notis kompaun pula dikeluarkan di bawah Seksyen 5, akta sama apabila terdapat majikan yang tidak mendaftarkan pekerja mereka di Perkeso dan Seksyen 14 akta tersebut kerana majikan tidak mencarum di bawah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP).

Selain itu, 26 notis dikeluarkan kepada majikan yang tidak mencarum pekerjanya di bawah Seksyen 16, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya