11 warga Indonesia nyaris mati lemas, tongkang karam

11 warga Indonesia nyaris mati lemas, tongkang karam

FERI Indomal Kingdom di ICQS, Kota Laksamana, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 11 warga Indonesia berjaya diselamatkan daripada mati lemas selepas tongkang dinaiki mereka karam di perairan sempadan negara itu, kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Kesemua mangsa yang terdiri daripada seorang wanita dan 10 lelaki diselamatkan oleh sebuah feri penumpang, Indomal Kingdom yang sedang dalam perjalanan dari Dumai, Indonesia ke Jeti Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Kota Laksamana di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mengikut laporan dibuat kapten feri berusia 39 tahun itu, mangsa ditemui dalam keadaan terapung di permukaan laut.

“Dalam perjalanan ke Melaka di kawasan sempadan perairan Indonesia, pengadu mendapati terdapat 11 orang dalam keadaan terapung di permukaan laut.

“Pengadu dan staf feri telah bertindak menyelamatkan kesemua mereka yang masih hidup sebelum meneruskan perjalanan ke ICQS,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Christopher, seorang mangsa wanita berusia 29 tahun mengalami sesak nafas, namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil setelah dirawat di Hospital Melaka.

“Kesemua mangsa akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN