Tukang bot rayu bantu baiki rumah daif

Tukang bot rayu bantu baiki rumah daif

KEADAAN rumah diduduki keluarga Lai Seng Havy di Jalan Woo Saik Hong di Teluk Intan, Perak. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Empat beranak yang berteduh di sebuah rumah daif di Jalan Woo Saik Hong di sini, memohon bantuan membaik pulih rumah untuk keselesaan mereka sekeluarga.

Lai Seng Havy, 70, yang bekerja sebagai tukang bot berkata, dia tidak mampu membaiki rumah­nya yang rosak di banyak bahagian kerana kesempitan wang.

Katanya, rumah yang di­dudukinya ibarat hanya me­nunggu masa untuk menyembah bumi ekoran keadaan lantai tidak sekata dan dinding papan semakin reput, malah keadaannya semakin sengit.

“Pada 2019, Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming membantu baik pulih bumbung rumahnya yang rosak. Keadaan atap masih baik cuma bahagian lain seperti lantai dan dinding sudah rosak. Ini menyebabkan isteri dan anak saya tidak selesa.

“Pada waktu malam, kami tidak dapat tidur lena bimbang rumah roboh. Walaupun nampak masih kukuh, tiang din­dingnya sudah senget. Saya tidak mampu membaik pulih disebabkan pendapatan kecil sebagai tukang bot,” katanya yang mempunyai seorang anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia 21 tahun dan 22 tahun yang masih belajar.

Seng Havy berkata, dengan keadaan rumah yang daif, sukar untuk anaknya itu fokus ketika belajar di rumah.

“Saya tidak tahu sampai bila rumah ini dapat bertahan. Saya tak ada tempat lain untuk membina rumah. Hanya rumah ini yang ada diwarisi daripada ibu saya,” katanya.

Menurutnya, dia turut me­lakukan kerja lain bagi menambah pendapatan seperti mengambil upah menjaga bayi dan meman­cing udang di Su­ngai Perak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN