Tahanan lelaki lolos ketika dirawat di hospital diberkas semula - Utusan Malaysia

Tahanan lelaki lolos ketika dirawat di hospital diberkas semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Selepas kira-kira 17 jam melarikan diri dari Hospital Sungai Bakap (HKB) dekat sini, seorang tahanan lelaki berjaya diberkas semula di Jalan Pantai Bersih, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Ng Ah Thiam berkata, suspek itu ditahan kira-kira pukul 8.45 pagi tadi dengan bantuan anggota dari Penjara Seberang Perai.

“Pihak polis berterima kasih kepada orang awam yang telah memberi kerjasama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, polis menerima laporan kira-kira pukul 3.56 petang daripada warden penjara yang memaklumkan seorang tahanan lelaki warga tempatan telah melarikan diri.

Ah Tiam berkata, tahanan terbabit iaitu Nordin Ahmad, 54, dikatakan meloloskan diri ketika berada di Wad Kuarantin Tibi (Wad 5) hospital terbabit.

“Ketika itu, tahanan berkenaan memakai baju- t berwarna kelabu dan berseluar pendek berwarna hitam.

“Susulan laporan itu, usaha mengesan tahanan giat dijalankan menerusi ‘Op Tutup’,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya