MIAMI: Pusat tahanan imigresen kontroversi ‘Alligator Alcatraz’, sebuah kemudahan di Florida yang menelan kos tinggi dan menjadi simbol kempen pengusiran pendatang tanpa izin oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ditutup selepas beroperasi kurang setahun, menurut pegawai pada Khamis. Gabenor Florida, Ron DeSantis ketika melawat tapak terpencil di Everglades bersama penyelaras keselamatan sempadan Rumah Putih, Tom Homan berkata, kemudahan itu tidak lagi menempatkan mana-mana tahanan dan telah memenuhi peranan kecemasan…










