Sistem saraan perkhidmatan awam dikaji semula - JPA

Sistem saraan perkhidmatan awam dikaji semula – JPA

ANWAR Ibrahim bergambar bersama pegawai penguat kuasa ketika hadir pada program Cakna Madani bersama Agensi Penguatkuasa 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan awam dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan tiadanya semakan gaji dibuat sejak 2012.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan, Mesyuarat Jawatankuasa Semakan Semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam akan dipengerusikan Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Menerusi mesyuarat berkenaan, kerajaan akan turut membuat perincian lanjut mengenai perbezaan amaun pencen antara yang bersara sebelum 1 Januari 2013
dan yang bersara mulai tarikh tersebut.

“Kerajaan mengambil maklum berhubung perbezaan amaun pencen antara veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum 1 Januari 2013
dan yang bersara mulai 1 Januari 2013.

“Isu ini juga dihadapi semua pesara
penjawat awam dari skim-skim perkhidmatan yang lain,” katanya dalam kenyataan malam ini.

JPA berkata, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan pesara perkhidmatan awam yang menyumbang khidmat bakti dalam arus pembangunan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya