Sidek Hussein dan Umi Kalthum pelakon terbaik 1977 - Utusan Malaysia

Sidek Hussein dan Umi Kalthum pelakon terbaik 1977

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 April 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Sidek Hussein dan seniwati Umi Kalthum masing-masing berjaya memenangi gelaran ‘Pelakon Utama Lelaki dan Wanita Terbaik 1977’ yang diumumkan sempena Malam Sri Angkasa.

Sidek dipilih kerana peranannya sebagai ‘Poyeng’ dalam drama ‘Menara Condong’, sementara Umi Kalthum kerana wataknya sebagai ibu dalam drama ‘Pulang’, kedua-duanya ditayangkan dalam rancangan Drama Minggu Ini TV Malaysia.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 9 April 1974 – Seramai 867 orang petani di Kedah telah mengikuti latihan teknik baru penanaman padi di tiga buah pusat latihan pertanian iaitu di Charok Padang, Sik dan Telok Chengai.
  • 9 April 1975 – Pihak kerajaan Vietnam mengisytiharkan perintah berkurung serta merta setelah sebuah kapal terbang Tentera Udara Vietnam Selatan mengebom istana kediaman Presiden Nguyen Van Thieu.
  • 9 April 1979Satu sistem baru bagi mengeluar, mengedar dan mencatitkan penyata pekeliling dan surat-surat pekeliling telah dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengurangkan risiko pemalsuan pekeliling.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya