Siasat segera individu terbabit kepercayaan karut dakwa Nabi Muhammad SAW ialah Allah SWT - Utusan Malaysia

Siasat segera individu terbabit kepercayaan karut dakwa Nabi Muhammad SAW ialah Allah SWT

TANGKAP layar video yang memaparkan sebuah keluarga dipercayai pengikut ajaran sesat Suhaini Mohammad yang mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai Tuhan yang tular di media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Pihak berkuasa agama di peringkat Pusat atau negeri digesa menjalankan siasatan segera berhubung video tular yang memaparkan beberapa lelaki dan wanita yang mengisytiharkan kepercayaan karut kononnya Nabi Muhammad SAW ialah Allah SWT.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, pihak berkuasa agama perlu mengenal pasti individu-individu terbabit untuk diminta mereka bertaubat.

WAN SALIM WAN MOHD. NOOR

”Jika mereka berdegil untuk terus berpegang dengan kesesatan tersebut, maka mereka perlulah dihadapkan ke Mahkamah Shariah dan dikenakan hukuman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial video yang memaparkan sebuah keluarga dipercayai pengikut ajaran sesat Suhaini Mohammad yang mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai Tuhan.

Setelah memperkenalkan diri, ahli keluarga berkenaan membuat pengakuan dengan menyatakan apa yang dikatakan oleh pelopor fahaman itu adalah benar.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, walaupun tidak dapat dikenal pasti tujuan sebenar di sebalik video itu, namun tidak diragui lagi kepercayaan sedemikian adalah ajaran sesat yang perlu diluruskan serta dibendung supaya tidak tersebar di dalam masyarakat Islam di negara ini.

”Sesiapa yang percaya Nabi Muhammad SAW ialah Allah SWT telah terkeluar daripada agama Islam dan menjadi murtad yang boleh dijatuhi hukuman bunuh menurut syariat Islam.

”Kita sedia maklum di dalam ajaran Islam, Nabi Muhammad SAW adalah seorang Rasul yang diutuskan Allah SWT untuk menyampaikan agama-Nya kepada seluruh manusia,” katanya.

Tambahnya, para ulama telah ijmak atau sepakat bahawa Rasulullah SAW ialah sebaik-baik makhluk dan pembawa rahmat untuk seluruh alam.

”Hakikat ini difahami daripada beberapa ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih disertai dengan huraian oleh para ulama muktabar.

”Bagaimanapun, kelebihan Nabi Muhammad SAW sebagai ‘Sayyidul Khalqi’ atau sebaik-baik makhluk ini tidak harus membawa kepada kepercayaan yang melampau sehingga ke tahap pemujaan seperti mempertuhankan Baginda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya