ALOR SETAR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar memulangkan paku buah keras kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung kenyataan yang mendakwa kerjasama PH dan Barisan Nasional (BN) akan terlerai menjelang pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN). Menurut Mahfuz, tanggapan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu meleset kerana kedua-dua gabungan itu kini menjalin kerjasama amat erat untuk memenangkan calon PH dan BN di Dewan…