PASIR PUTEH: Sekumpulan peminat pesawat kawalan jauh sanggup menyewa sebuah bas dan meredah perjalanan sejauh 633 kilometer dari Johor Bahru ke Kampung Gong Kubur di sini, semata-mata mahu melepaskan ‘gian’ bermain pesawat itu di anjuran Tok Bali RC Club semalam. Bercakap kepada Utusan Malaysia wakil kumpulan itu, Mahsuri Hashim, 64, berkata, kepenatan mengharungi perjalanan jauh itu terbalas apabila dapat mengemudi pesawat kawalan jauh bersama rakan-rakan yang datang dari seluruh pelosok…










