PRN : Kempen di enam negeri dapat bantuan GRS

PRN : GRS bantu kempen Kerajaan Perpaduan di enam negeri

HAJIJI Noor (tengah) semasa pelancaran Jelajah Wanita GRS di Kota Kinabalu kelmarin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan turun membantu rakan parti dalam kerajaan perpaduan bagi kempen pilihan raya di enam negeri di Semenanjung.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sudah tentu GRS akan membantu rakan-rakan parti dalam kerajaan perpaduan untuk berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Ketika ini, pimpinan GRS sedang mengenal pasti kawasan atau negeri yang akan mereka bantu dalam berkempen.

“Kita sedang mengatur sekarang dan dalam beberapa hari ini akan diputuskan (kawasan mana) sebelum hari penamaan calon,” katanya selepas pelancaran Program Jelajah Wanita GRS.

Dalam pada itu, beliau yakin dengan perpaduan dan bantuan Wanita GRS di bawah pimpinan Datuk Seri Azizah Mohd. Dun, GRS mampu mencipta sejarah untuk menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berkata, buat kali pertama dalam sejarah, parti-parti politik tempatan bergabung untuk memastikan masa depan yang lebih baik untuk politik Sabah.

Beliau berkata, rakyat mendambakan pembelaan dan perjuangan yang jelas untuk masa depan yang baik untuk Sabah.

“Rakyat mahu kita bersatu untuk kepentingan Sabah dan sebab itu kita menubuhkan GRS kerana kita sudah menghadapi liku-liku perjuangan pada masa lalu hingga orang mengambil peluang atas perpecahan kita.

“Maka, jangan lagi ulang kesilapan yang sama pada masa akan datang. Ini rumah kita jadi, kita harus jaga dengan baik, kita harus bersatu dalam GRS supaya boleh mencapai kejayaan yang cemerlang,” katanya.

Menurut Hajiji, sejak mengambil alih kerajaan negeri selama lebih dua tahun, GRS menghadapi pelbagai ujian dan kali terakhir diuji adalah semasa Langkah Kinabalu yang cuba mengulingkan kerajaan.

“Tapi syukur atas kesatuan dan perpaduan dalam GRS serta sokongan Pakatan Harapan (PH), kita dapat pertahankan kerajaan negeri hari ini. Jadi, kita harus menjaga mandat yang diberi oleh rakyat,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya