PRN: Calon BN-PH yakin tawan tiga DUN Parlimen Tasek Gelugor - Utusan Malaysia

PRN: Calon BN-PH yakin tawan tiga DUN Parlimen Tasek Gelugor

SHAIKH HUSSEIN Mydin (kiri) bersama Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof akan bertanding di kerusi DUN Sungai Dua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, 12 Ogos ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Shaikh Hussein Mydin yakin tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Tasek Gelugor mampu dimenangi tiga calon gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Selain beliau yang akan bertanding di kerusi DUN Sungai Dua, dua lagi kerusi di kawasan itu akan ditandingi Nor Hafizah Othman daripada UMNO (DUN Permatang Berangan) dan calon PKR, Abdul Mohsein Mohd. Shariff.

Menurut Shaikh Hussein, mereka tidak gusar mahupun gentar dengan ‘gelombang PN’ seperti yang sering disebut-sebut akan berlaku sebelum ini yang disifatkan tidak akan melanda Pulau Pinang.

“Nak kata gentar atau gemuruh itu tidaklah. Insya-Allah gelombang hijau (PN) ini tidak (akan) berlaku di Pulau Pinang (kerana) sebelum itu sudah lapan bulan semua (kepimpinan dalam PH-BN) telah diberi peluang untuk membuktikan kemampuan masing-masing.

“Calon Parlimen yang telah dimenangi oleh parti Bersatu (merujuk kepada Datuk Wan Saiful Wan Jan) telah diberi peluang selama lapan bulan, PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga telah diberi peluang selama lapan bulan dan ini masanya rakyat menilai siapa yang boleh buat kerja dan ia akan dibuktikan di peti undi nanti,” katanya.

Beliau ditemui selepas proses penamaan calon di Institut Kemahiran Mara (IKM) dekat Tasek Gelugor, di sini hari ini.

Tambah beliau, pihaknya kini akan berkempen dengan memberi tumpuan kepada pembangunan dan kesejahteraan di kawasan Parlimen Tasek Gelugor.

“Insya-Allah saya nak buat kebaikan yang lebih baik dari Ahli Parlimen Tasek Gelugor, itu sebenarnya. Jadi, kepada pengundi buatlah keputusan yang terbaik, jangan buat kesilapan yang sama (pada PRU-15),” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kerusi DUN Sungai Dua berjaya dipertahankan penyandangnya, Datuk Muhamad Yusoff Mohd. Noor daripada BN dengan 7,314 mengalahkan Zahadi Mohd. (Pas) yang mendapat 5,380 undi dengan majoriti sebanyak 1,934. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya