WALAUPUN suhu politik negara kian panas di enam buah negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan, Johor yang ‘agak’ tenang sebelum ini turut mula merasai bahang pilihan raya. Ini ekoran Johor bakal menjadi ‘tuan rumah’ bagi parti dan pemimpin politik untuk berkampung kerana akan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. PRK bagi kedua-dua kawasan tersebut…