ROMPIN: The Mentalist, sistem pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) hasil inovasi penyelidik Universiti Tenaga Nasional (Uniten), muncul pendekatan baharu dalam menangani tekanan mental sebelum ia berkembang menjadi krisis. Dibangunkan oleh pasukan diketuai Dr. Siti Fara Fadila Abd. Razak, sistem itu direka khusus untuk mengesan risiko tekanan mental pada peringkat awal sekali gus membolehkan intervensi dilakukan lebih cepat dan berkesan. Katanya, pendekatan kesihatan mental di negara ini perlu beralih daripada rawatan…










