PUTRAJAYA: Selepas isu rasuah yang didakwa melibatkan Jabatan Imigresen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan berlaku salah guna kuasa berlaku di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Perbuatan salah guna kuasa itu kata Perdana Menteri melibatkan proses mendapatkan sijil warganegara dalam kalangan mereka yang layak tetapi dikenakan bayaran tertentu sebelum memperoleh sijil kewarganegaraan. Sehubungan itu, kata Anwar, Jabatan Imigresen dan JPN sedang disiasat pihak berkuasa berhubung amalan rasuah serta salah guna kuasa. Beliau…










