SELAYANG: “Ini satu petunjuk kerajaan dalam ketakutan,” tegas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor susulan pertuduhan yang dihadapinya. Muhammad Sanusi berkata, pertuduhan itu jelas bermotifkan politik dan menjejaskan beliau dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN). Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat turut meyakini rakyat mula memahami tujuan dan hasrat sebenar pendakwaan terhadapnya. “Nampaknya di Malaysia ini tidak boleh cakap apa-apa, kalau di medan politik biasanya…










