Perak Bison mantapkan pasukan hadapi Piala Juara-Juara - Utusan Malaysia

Perak Bison mantapkan pasukan hadapi Piala Juara-Juara

PERAK Bison ketika meraikan kejayaan muncul juara Premier Liga Sepak Takraw 2023. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Juara Liga Premier, Perak Bison akan memantapkan lagi pasukan dari aspek serangan dan pertahanan bagi menghadapi STL Champions Cup atau Piala Juara-Juara di Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru bermula 30 Julai ini.

Ketua Jurulatih Perak Bison, Suhairi Abdul Aziz berkata, mereka tidak boleh bersandar kepada kejayaan dalam Liga Premier semata-mata.

“Saya berharap pemain tidak bersikap terlalu yakin selepas berjaya muncul juara Liga Premier.

“Masih ada kekurangan dan kelemahan, jadi kami kena perbaiki kepincangan yang masih ketara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Suhairi yang bersyukur dengan kemenangan dalam STL Emas Annuar berharap anak buahnya akan berusaha lebih lagi kuat lagi untuk merangkul Champions Cup pada minggu depan.

Saingan STL Champions Cup 2022/2023 adalah aksi terunggul lapan pasukan terbaik dari STL Premier dan Division 1.

Pasukan terbabit adalah Perak Bison, KL Thunder, Penang Black Panthers, Johor Tigris, ATM Guardian, dan N. Sembilan Antlers.

Manakala STL Division 1 terdiri daripada PDRM Defenders dan Terengganu Turtles bagi berentap merebut kejuaraan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya