Perak Bison umum senarai pemain malam esok

Perak Bison umum senarai pemain malam esok

AKSI di antara Johor Tigris menentang Perak Bison dalam Emas Anuar Liga Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada musim lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak Bison akan mengumumkan nama pemainnya ke Kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) Emas Anuar 2023 pada malam esok.

Pengurus pasukan, Mohd. Jaffrey Mohd. Zainol memberitahu Utusan Malaysia mengenai perkara itu ketika ditanya mengenai pasukan Perak Bison untuk ke kejohanan bermula 26 Mei itu.

Begitupun berdasarkan maklumat diterima, Perak Bison mengekalkan khidmat ramai pemain skuad musim lalu.

Kapten dan tekong, Meor Zulfikar Mat Amin akan mengetuai cabaran pasukan itu apabila sepak mula dilakukan di Dewan Merdeka, Kuala Kangsar pada hujung minggu ini.

Perak juga dikhabarkan akan mendapatkan khidmat tekong import yang berasal dari Thailand.

“Seperti biasa kejohanan diadakan setiap hujung minggu dengan Kuala Kangsar menjadi gelanggang pembuka tirai.

“Kejohanan minggu kedua pula akan diadakan di Pulau Pinang. Perak Bison kini sudah membuat persiapan di bawah kendalian, ketua jurulatih, Suhairi Abd Aziz,” kata Mohd. Jaffrey- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya