Perak antara empat negeri rekod pelaburan tertinggi RM7.1 billion - Utusan Malaysia

Perak antara empat negeri rekod pelaburan tertinggi RM7.1 billion

SAARANI Mohamad (kiri) menerima cenderahati pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah di Meru Raya, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak menjadi antara empat negeri yang merekodkan jumlah pelaburan tertinggi pada suku pertama 2023 berjumlah RM7.1 bilion.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia mencatat peningkatan kira-kira 550 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Perak bukan sahaja semakin pulih daripada impak krisis Covid-19, malah memeta satu persatu kejayaan.

“Jika sebelum ini dihambat dengan kemuraman ekonomi yang meruncing, kini Perak menjadi antara empat negeri yang merekodkan jumlah pelaburan tertinggi,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya di sini hari ini.

Menurutnya, kejayaan itu tidak mampu digapai tanpa wujudnya kestabilan dalam negara.

“Semua ini tidak mampu direalisasikan tanpa wujudnya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Semua ini tidak mampu digarap tanpa wujudnya keharmonian dalam negeri dan negara.

“Oleh itu, saya mengajak kita semua untuk terus sama-sama memperkasa agenda perpaduan dengan menyuburkan semangat patriotik,” katanya.

Beliau juga menyeru seluruh rakyat Perak untuk menjadi contoh dan teladan dalam menyuburkan nilai-nilai perpaduan dan kebersamaan.

“Kita buktikan bahawa meskipun hidup dalam kerencaman budaya, kaum dan agama, kita mampu membina kerukunan yang menjadi resepi memeta lebih banyak kejayaan masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya