KUALA LUMPUR: Perkhidmatan dan fasiliti KLIA Transit yang menghubungkan KL Sentral redONE ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 didakwa tidak memuaskan terutama berkaitan dengan pendingin hawa. Pengguna mendakwa, pendingin hawa di KLIA Transit tidak berfungsi dengan baik dan sering mengalami masalah teknikal menyebabkan panas sepanjang 39 minit perjalanan dengan tambang antara RM6.50 sehingga RM55 mengikut stesen. Tambang tersebut bagi pengadu mahal dan tidak berbaloi…










