Pembaikan sebahagian Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang siap tiga hingga empat bulan - Utusan Malaysia

Pembaikan sebahagian Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang siap tiga hingga empat bulan

JALAN FT006 iaitu jalan mengelilingi pulau dari Jalan Balik Pulau ke Teluk Bahang, Pulau Pinang yang mengalami kerosakan akibat kegagalan cerun ditutup sepenuhnya bermula 14 Julai lalu sehingga tempoh yang akan diumumkan kelak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU : Kerja-kerja pembaikan sebahagian jalan mengelilingi pulau dari Jalan Balik Pulau ke Teluk Bahang yang mengalami kerosakan akibat kegagalan cerun dianggarkan dapat disiapkan dalam tempoh tiga hingga empat bulan.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, sebahagian jalan
berkenaan ditutup sepenuhnya bermula 14 Julai lalu sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

”Semua pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif lain sama ada melalui Jalan Tun Sardon-Balik Pulau atau Jalan Teluk Kumbar-Jalan Balik Pulau,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zairil berkata, pada 1 Julai lalu, kira-kira pukul 7.15 pagi telah berlaku bencana kegagalan cerun di laluan FT006 Seksyen 46.80 di Balik Pulau.

Katanya, sejurus laporan bencana diterima oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), langkah-langkah sementara telah dilaksanakan meliputi kerja-kerja pemasangan kanvas, pemasangan peralatan pengurusan trafik serta kerja-kerja pengumpulan data.

”Aliran trafik pada ketika itu dibuka hanya satu lorong bagi kenderaan ringan sahaja.

‘Bagaimanapun, ekoran kegagalan cerun kali kedua di laluan FT006 Seksyen 45.40 pada 10 Julai lalu, maka JKR telah
mengeluarkan notis penutupan sebahagian jalan FT006 -Jalan Mengelilingi Pulau sepenuhnya yang bermula dari 14 Julai sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Tambahnya, hasil penyiasatan awal di tapak mendapati kegagalan cerun yang berlaku disebabkan hakisan tanah daripada taburan air hujan yang tinggi selama beberapa hari sejak 1 Julai.

”Oleh kerana jalan tersebut merupakan jalan Persekutuan, maka permohonan segera telah dibuat kepada Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR.

”Kelulusan telah pun diterima untuk kerja-kerja pembaikan di laluan FT006 Seksyen 45.40 dan Seksyen 46.80 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.7 juta,”katanya.

Zairil berkata, kerja-kerja pembaikan di kawasan tersebut dijalankan dengan menggunakan kaedah ‘soilnail tieback wall’ bagi kedua-dua cerun yang telah runtuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya