Pekerja tapak projek ECRL maut motosikal bertembung kereta - Utusan Malaysia

Pekerja tapak projek ECRL maut motosikal bertembung kereta

KEADAAN motosikal yang ditunggangi Muhammad Firdaus Mohd. Zul setelah bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Gong Penaga, Jabi, Besut, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang pekerja tapak projek Rel Laluan Pantai Timur (ECRL) maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Gong Penaga, Jabi dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa, Muhammad Firdaus Mohd. Zul, 22, yang bekerja sebagai pemandu lori meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan yang berlaku pada pukul 6.45 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari Kampung Telaga Nibong menuju ke tempat kerja di tapak ECRL di Kampung Air Sejuk, Setiu.

“Setibanya di tempat kejadian, sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki tiga lelaki dari Kluang, Johor yang menuju ke Kota Bharu, Kelantan tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.

“Ianya menyebabkan berlaku perlanggaran dan bertembung dengan mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut beliau, Muhammad Firdaus meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher serta patah kedua-dua belah paha sebelum dihantar ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, tiga penumpang lelaki dalam kereta Perodua Myvi berusia 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Abdul Rozak berkata, kes disiasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya