Pandu secara berbahaya, pemandu Lamborghini jadi buruan polis

Padah pandu secara berbahaya, sekumpulan pemandu Lamborghini jadi buruan polis

KERETA Lamborghini yang dikesan dipandu secara berbahaya di Lebuhraya Senai-Desaru selepas rakaman videonya tular.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Tindakan sekumpulan pemandu kenderaan mewah Lamborghini yang memandu secara berbahaya di Lebuhraya Senai-Desaru membawa padah apabila menjadi buruan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi telah menerima sebuah video tular berdurasi lebih kurang 71 saat mengenai kejadian itu pada pukul 10 pagi.

Katanya, sekumpulan konvoi yang bangsanya tidak dikenal pasti itu memandu kereta mewah jenis Lamborghini dalam keadaan berbahaya dengan memotong kenderaan lain secara melulu sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

“Aksi memandu kereta secara berbahaya tersebut berlaku di Lebuhraya Senai-Desaru. Pergerakan kenderaan adalah daripada Senai menghala ke Bandar Penawar.

“Aksi tersebut dirakam oleh orang awam dan dimuat naik ke laman facebook ‘Jabatan Netizen Negara’ pada 28 julai 2023 lebih kurang 9.13 malam.

“Susulan rakaman video itu, pihak polis telah berjaya mengesan kenderaan-kenderaan terlibat pada pukul 11.40 tengah hari. Kita sudah mengenal pasti pemandu-pemandu tersebut serta akan mengambil keterangan daripada semua pemandu seramai lima orang berusia 44 hingga 64 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan juga Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM15,000.

Jelasnya, pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak memandu kenderaan dan melakukan aksi-aksi yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya