Padah buat laporan palsu - Utusan Malaysia

Padah buat laporan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA: Tindakan seorang pemandu lori membuat laporan palsu konon motosikalnya hilang selepas ditipu individu tidak dikenali dalam urusan jual beli terbongkar apabila ditahan polis, kelmarin.

Lelaki berusia 54 tahun itu membuat laporan polis pada pukul 8 pagi dengan mendakwa motosikalnya jenis Honda Waze diletakkan di Flat Taman Kosas di sini, hilang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, bagaimanapun siasatan polis kemudiannya mendapati kejadian itu tidak berlaku dan suspek ditahan pada 1 petang kelmarin di pekarangan pejabat (IPD) Ampang Jaya.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, manakala ujian saringan awal air kencing negatif dadah.

“Soal siasat terhadapnya mendapati dia membuat laporan palsu itu selepas mendakwa ditipu oleh individu yang tidak dikenali atas pembelian motosikal tersebut malah mendakwa membayar  sebanyak RM2,000 kepada individu terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, permohonan reman terhadapnya dibenarkan Majistret Mahkamah Ampang selama tiga hari bermula semalam hingga esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada membuat laporan polis palsu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN