Malaysia mampu lahir mutawif berilmu, diiktiraf

Malaysia mampu lahir mutawif berilmu, diiktiraf

MAJLIS  menandatangani MoU turut diadakan antara Professional Mutawwif Development Sdn. Bhd. dengan agensi pelancongan dari Indoensia, MM Mubarok yang berlangsung baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mampu menjadi hub pendidikan dalam bidang khusus untuk melahirkan mutawif di rantau Asia Tenggara dan dunia untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

Menurut Pengarah Urusan Professional Mutawwif Development Sdn. Bhd. (PMD), Abd. Halim Ikhsan, modul dan latihan dalam bidang tersebut kini mendapat pengiktirafan Kementerian Sumber Manusia untuk melahirkan mutawif yang diiktiraf serta berpengetahuan.

“Bukan sahaja Malaysia sebaliknya negara Islam lain memerlukan mutawif yang benar-benar bertauliah sebab tidak mahu nanti ada kekeliruan dalam kalangan jemaah umrah apabila pergi ke Mekah.

“Sebagai contoh, kalau jemaah tanya kepada mutawif apakah hukum menggugurkan rambut secara tidak sengaja? Kita tidak mahu jawapan yang diberikan antara mutawif berlainan sehingga menimbulkan kekeliruan nanti,” katanya.

Tambah Abd. Halim berkata, Malaysia juga antara satu-satu negara di rantau ini yang telah menerima kemasukan pelajar dari beberapa buah negara luar termasuk Indonesia dan Singapura untuk melahirkan mutawif profesional.

“Setakat ini sebanyak 100 pelajar dari Indonesia  dan 20 orang dari Singapura dijangka akan memulakan pengajian pada Disember depan.

“Dengan pengambilan pelajar dari luar negara, kami berharap ia bukan sahaja menjadi titik tolak kepada pemantapan industri umrah dan pelancongan di negara ini bahkan ia turut memperkasakan lagi bidang pendidikan Malaysia terutama dalam program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di mata dunia,” katanya.

Abdul Halim menambah, beberapa universiti  awam dan  swasta juga kini turut  berkerjasama untuk melahirkan mutawif diiktiraf antaranya antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan  Universiti Teknologi Mara (UiTM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN