Liputan 5G kini capai 64.7 peratus - Utusan Malaysia

Liputan 5G kini capai 64.7 peratus

TEO Nie Ching (tengah) melepaskan burung merpati sebagai simbolik pelancaran Program Merdeka@Komuniti Parlimen Bagan, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

SEBERANG PERAI: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yakin sasaran liputan 5G sebanyak 80 peratus di seluruh negara dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.

Timbalannya, Teo Nie Ching berkata, ia susulan purata rangkaian 5G setakat ini telah mencapai 64.7 peratus di kawasan berpenduduk.

“Selain itu, pelaksanaan 5G di negeri ini juga berjalan lancar dan sehingga kini, sebanyak 290 menara telekomunikasi telah dibina.

“Daripada jumlah tersebut, 244 menara 5G telah ‘on air’ (beroperasi) sekali gus memanfaatkan 67.7 peratus kawasan berpenduduk.

“Kita optimis sasaran yang ditetapkan mampu dicapai melalui pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Merdeka@Komuniti Parlimen Bagan Daerah Seberang Perai Utara di Bagan Ajam, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kementerian memperuntukkan sebanyak RM49.4 juta untuk membangunkan 38 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di negeri ini.

Tambahnya, peruntukan berkenaan turut meliputi kos pengoperasian PEDi sepanjang tempoh lima tahun.

“Kontraktor yang dipilih akan diberi masa selama lima bulan untuk menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan.

“Dijangkakan kesemua (38) PEDi berkenaan bakal memulakan operasi pada penghujung Januari depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya