‘Lepas naik taraf 5G, rangkaian telefon, internet lemah’

‘Lepas naik taraf 5G, rangkaian telefon, internet lemah’

PENDUDUK Orang Asli di RPS Pasik, Gua Musang, Kelantan mendakwa berdepan masalah gangguan telefon dan internet yang lemah. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Hampir 2,000 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Pasik di sini, berdepan dengan masalah rangkaian telefon dan internet lemah selepas kerja-kerja naik taraf pencawang dari 4G kepada 5G dilaksanakan, sejak tiga tahun lalu.

Penghulu Kampung Ayong RPS Pasik, Saumell Chimbon berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dapat memberi perhatian kepada isu itu.

“Perkara ini sudah berada dalam pengetahuan MCMC. Talian internet dan telefon penting kepada penduduk di kawasan pedalaman. “Kami juga melakukan pelbagai urusan termasuk urus niaga atau menghubungi peraih bagi mengambil hasil kebun buah-buahan. Ketika berlaku kecemasan kami juga sukar menghubungi pihak berwajib untuk mendapatkan bantuan segera,” katanya.

Penduduk kampung, Mohd. Sani Nahtiman, 39, berkata, walaupun sudah ada sebuah pencawang dibina di RPS Pasik, gangguan tetap berlaku.

Katanya gangguan kerap berlaku sehingga mereka lang­sung tidak mendapat talian telefon dan internet sehingga sukar untuk berhubung de­ngan dunia luar.

“Kami bimbang kalau berlaku kes kecemasan, sukar kami meminta bantuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×