Liga Super: Penang FC tewaskan Kelantan FC 4-3 - Utusan Malaysia

Liga Super: Penang FC tewaskan Kelantan FC 4-3

PEMAIN Penang FC meraikan kemenangan selepas membenam Kelantan FC 4-3 di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Penang FC berjaya memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri selepas melakar kemenangan 4-3 dalam aksi menentang Kelantan FC pada perlawanan ke-16 Liga Super 2023 di Stadium Bandaraya, di sini malam tadi.

Pada babak pertama perlawanan, pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-11 hasil ledakan penyerangnya, Muhammad Harith Akif Mohd. Shahar.

Tidak menunggu lama, pasukan kendalian Ketua Jurulatih, Yee Fatty Chong kemudian berjaya menyamakan jaringan menerusi sepakan percuma oleh sayap tengah, Muhammad Hadin Azman pada minit ke-19.

Meskipun beraksi dalam suasana hujan lebat dan padang yang becak, pemain berusia 29 tahun, Muhammad Hadin bagaimanapun berjaya menambah jaringan kedua buat pasukan tuan rumah pada minit ke-30.

Aksi cemerlang tuan rumah di hadapan kira-kira 1,395 penyokong ternyata menyerlah apabila pemain pertahanannya, Rafael Vitor menyumbat gol ketiga pada minit ke-41.

Ini merupakan penampilan ke-74 Vitor dalam kancah Liga Super.

Bagaimanapun, menghampiri minit terakhir masa pertama, Kelantan FC berjaya meraih gol kedua mereka hasil rembatan pemain tengahnya dari Indonesia, Natanael Siringo pada minit ke-48.

Memasuki babak kedua perlawanan, pasukan pimpinan Ketua Jurulatih Kelantan FC, Angel Alfredo Vera dilihat enggan menyerah kalah apabila dengan pantas menambah jaringan menerusi tendangan, Muhammad Harith Akif, minit ke-46.

Penang FC masih kekal dengan rentak cemerlang dan berjaya menghasilkan jaringan pada minit-minit terakhir perlawanan hasil sepakan penyerang, Muhammad Alif Ikmalrizal, minit ke-84.

Kedudukan 4-3 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya