Lelaki tidak mengaku salah tipu kenalan urusan jual beli kereta

Lelaki tidak mengaku salah tipu kenalan urusan jual beli kereta

NORMIZAN Md. Nor dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini bagi berdepan pertuduhan memperdaya seorang lelaki berhubung urusan jual beli sebuah kereta enam tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Pilah selepas dituduh memperdaya seorang kenalan lamanya berhubung urusan jual beli kereta enam tahun lalu.

Tertuduh, Normizan Md. Nor, 49, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, dia telah menipu seorang lelaki dengan memperdaya untuk mempercayai akan menyerahkan sebuah kenderaan jenis Proton Wira dalam urusan jual beli seperti yang dijanjikan dan menyerahkan wang berjumlah RM5,300.

Kesalahan itu dilakukan di antara 10 Januari 2017 hingga 23 Januari 2017 antara pukul 3.04 petang hingga 6.36 petang di CIMB Bank Cawangan Kuala Pilah.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM4,500 dan tarikh sebutan semula kes pada 4 Ogos ini.

Difahamkan, mangsa telah didatangi kenalan lamanya iaitu tertuduh pada penghujung tahun 2016 dan ditawarkan sebuah kenderaan terpakai jenis Proton Wira dengan harga RM5,600.

Mangsa yang tertarik membuat temu janji untuk melihat kenderaan tersebut terlebih dahulu.

Selepas melihat kenderaan tersebut masih dalam keadaan baik, mangsa telah membuat pembayaran, namun tidak memperoleh kenderaan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN