Lebih 6,000 restoran, syarikat sokong inisiatif Rahmah - Utusan Malaysia

Lebih 6,000 restoran, syarikat sokong inisiatif Rahmah

SET hidangan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada menu Rahmah di Medan Selera Sports Arena, Cyberjaya. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 6,000 syarikat dan restoran menyo­kong inisiatif Rahmah yang diperkenal kerajaan dalam meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negara ini.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), setakat Julai ini, sebanyak 2,995 restoran menyediakan menu Rahmah manakala sejumlah 3,557 syarikat termasuk perusahaan kecil dan sederhana menawarkan jualan Rahmah.

Jurucakap KPDN memaklumkan, selain daripada jumlah syarikat tersebut, KPDN yakin banyak lagi syarikat yang tidak mendaftar namun menyediakan inisiatif Rahmah mengikut pakej yang disediakan masing-masing.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, banyak syarikat industri yang ingin bekerjasama dengan KPDN untuk menawarkan pakej Rahmah yang mereka cadangkan.

Katanya, inisiatif tersebut yang pada mulanya merupakan Inisiatif Menu Rahmah bertujuan membantu golongan masyarakat yang terkesan de­ngan kos sara hidup masa kini.

“Sehubungan itu, ada peniaga-peniaga kecil yang sanggup menyediakan inisiatif Rahmah dan dapat meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.

Justeru, KPDN akan sentiasa untuk terus komited dalam memastikan seluruh warga masyarakat dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada waktu kini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN