SEGAMAT: Pemandu lori tangki warga emas yang melanggar lampu isyarat merah menjadi punca utama mengorbankan seorang kanak-kanak lelaki dalam kemalangan maut di simpang empat lampu isyarat, KM 138.3, Jalan Johor Bahru-Seremban, Pekan Chaah, di sini pagi tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah, kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori tangki yang dipandu warga emas berusia 62 tahun itu dengan sebuah bas henti-henti berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi.…










