Laksana tanggungjawab dengan keluar mengundi - Dr. Mahathir

Laksana tanggungjawab dengan keluar mengundi – Dr. Mahathir

Dr. Mahathir Mohamad yang kini sepentas dengan pembangkang mengajak orang ramai di enam buah negeri yang menghadapi pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini untuk keluar mengundi Perikatan Nasional (PN)..
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak orang ramai di enam buah negeri yang menghadapi pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini untuk keluar mengundi.

Dr. Mahathir yang kini sepentas dengan parti-parti yang pernah menjadi seterusnya berkata, tanggungjawab sebagai pengundi itu perlu dilaksanakan dengan memberi kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN).

“Saya harap kita dapat sapu bersih PRN tidak lama lagi. Saya yakin kemenangan akan dicapai bukan sahaja di Kelantan, Terengganu dan Kedah sahaja. Sebaliknya turut membabitkan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Kita lihat kadang-kadang orang Melayu tidak keluar mengundi kerana bosan dengan politik, jika kita tidak keluar ia seperti kita memberi undi kepada mereka yang tidak layak untuk mendapat kemenangan dan mendirikan kerajaan,” katanya semasa berucap pada program Munajat Rakyat Kelantan: Ppakat Pertahan dan Amanat Pemimpin di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam semalam.

Hadir sama Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibarhim Tuan Man dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob.

Dr. Mahathir memberitahu, beliau gembira kerana dapat hadir ke negeri ini serta berkesempatan menziarahi pusara bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat serta keluarganya.

Katanya, beliau turut kagum dengan kehadiran rakyat ke program Munajat Rakyat Kelantan: Ppakat Pertahan dan Amanat Pemimpin yang dilihat memenuhi segenap ruang stadium.

“Saya telah berkecimpung dalam bidang politik selama 80 tahun tetapi inilah perhimpunan terbesar pernah saya hadiri.

“Syukur kerana ia menunjukkan orang Melayu sudah kembali bersatu dan masih mempunyai kekuatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN