Komuniti maritim diingatkan berwaspada ketika berada di laut

Komuniti maritim diingatkan berwaspada ketika berada di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Susulan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menasihatkan komuniti maritim di negeri ini agar sentiasa berada dalam keadaan berwaspada berikutan fasa peralihan monsun. 

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, berdasarkan kepada amaran angin kencang dan laut bergelora amaran ribut petir yang diramalkan bermula pada13 hingga 20 Julai, angin kencang barat berkelajuan antara 50 hingga -60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah Barat dan Sabah Timur. 

Keadaan angin kencang sehingga 60 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter amat bahaya kepada bot-bot kecil, pengusaha bot penumpang dan aktiviti rekreasi laut. 

“Justeru, komuniti maritim dinasihatkan untuk peka dengan amaran yang telah dan akan dikeluarkan oleh pihak keselamatan dari masa ke masa. Pemakaian jaket keselamatan hendaklah diberi perhatian agar dapat mengurangkan sebarang risiko yang bakal berlaku. 

“Komuniti maritim juga diingatkan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan diri, memaklumkan kepada keluarga tujuan ke laut serta lokasi, memastikanbot selamat untuk digunakan dan sentiasa peka pada cuaca semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Sekiranya berlaku insiden di laut, komuniti diminta untuk terus menghubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim  Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan ditalian 088- 387774 yang beroperasi sepanjang 24 jam. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN